Saturday, July 26, 2008

mandi yg wajib..hahaha


Assalamualaikum,
Berkongsi sedikit ilmu... dari JAKIM.

Mandi wajib yg betul

Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan
terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak
sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.
Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh
melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk
mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2
keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh
anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan,
bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di
Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati
banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.
'Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi
salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota
badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang
dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika
tidak melakukan mandi wajib dengan betul,' tegas beliau ketika
ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur.

Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua,
menghilangkan najis di badan. Ketiga, meratakan air keseluruh
anggota badan yang zahir.
Niat mandi wajib:

'Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah
Taala.'

Atau

' Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.'


Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke
mana2 bahagian anggota badan.

Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah:

' Sahaja aku
mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.'

Manakala bagi
perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah:

' Sahaja aku
mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala'.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya
selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan
menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah
memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air
keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air
sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya
tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis
yang ada pada badan, menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam
Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak
dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh
disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke
seluruh anggota badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu
yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika
rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak
sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka.
Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana
dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis,
ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh
menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku,
kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu
pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang
merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan
dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah.
Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna
selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang
pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang
pewarna itu pula bagaimana?..

Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu
sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.
Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna
pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut
rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza
dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna
pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya
pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya
pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah.
Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan
mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg
berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai
rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah
merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah
diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji
Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab
melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun
tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi
hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid,
nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air
mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.
Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak
semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika
ingin beribadat. Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada
waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah
wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk
sebelum tidur adalah makruh.


~~artikel ni dri JAKIM..nmpk je senang nk mndi wajib..tapi sbnrnya susah nk pastikan ke "sah" an nya..baca, pahami dan ikuti..

No comments: