Thursday, September 4, 2008

Salam Perantauan 08


Nama Pengirim: Khairil Haffez, Mohd Aizat, Muhamad Asyraf, Nurul Ain Arfah, Nadirah, Aisyah Amalina dan Azfazila (Pelajar-Pelajar Tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia, KPM)


Lokasi Pengirim:
Victoria University of Wellington, New Zealand.


Nama Pengirim: Khairil Haffez, Mohd Aizat, Muhamad Asyraf, Nurul Ain Arfah, Nadirah, Aisyah Amalina dan Azfazila (Pelajar-Pelajar Tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia, KPM)


Lokasi Pengirim:
Victoria University of Wellington, New Zealand.


Nama Penerima:
Kepada kedua ibu bapa kami, adik-beradik, sanak-saudara, guru-guru serta rakan-rakan yang mengenali kami semua.


Lokasi Penerima:
Simpang Empat dan Arau, Perlis, Gurun, Kedah, Kuala Terengganu, Terengganu, Kuantan, Pahang, Tangkak dan Segamat, Johor, serta seluruh warga Malaysia dan pembaca ruangan ini.


Ucapan:

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan Salam Aidilfitri kami ucapkan buat keluarga tersayang di Malaysia serta saudara-mara dan sahabat handai di seluruh Malaysia. Tidak dilupakan juga guru-guru dan seluruh warga SMK Agama Arau, SM Sultanah Asma, SMK Sultan Sulaiman, SM Teknik Kuantan, MOZAC, dan tenaga pengajar di UNITEN. Doakan kejayaan kami di bumi New Zealand. Semoga dengan doa kalian semua, kami Berjaya pulang dengan segulung Ijazah Kepujian dari sini, InsyaAllah. Akhir kata, Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin. Semoga ibadah puasa kali ini lebih bermakna buat kita semua. Moga ucapan ini menjadi pengganti buat diri kami yang kini jauh di perantauan.

Pengenalan Gambar: Duduk Dari Kiri: Aisyah Amalina Mohd Noor, Azfazila Mohd Paiz, Muhamad Asyraf Abdul Latif. Berdiri Dari Kiri: Nadirah Halim@Omar, Nurul Ain Arfah Tukiman, Mohd Aizat Adnan, Khairil Haffez Sahidan. (Gambar dirakam ketika sambutan Malaysian Night di Wellington pada 31 Ogos 2008)


E-mel Pengirim: kayhard712@yahoo.com

Monday, August 25, 2008

Cerita Ceriti..Flight..

Cerita dari seorang kawan aku..
ceritanya cmni..


Ini adalah kisah pertama kali aku naik airplane. Masa tu nak balik dari kl gi a.star.Naik Air Asia jer…Everybody can fly.

Masa mula-mula sampai kat pintu kapal adalah sorang awek cun tegur. Ingatkan nak berkenalan rupa2nya sekali pramugari da.

Pramugari: Boleh saya bantu.Adik kelas apa?
Aku: Kelas…ar…
Pramugari: Kelas ekonomi ker,busines ker?
Aku: Oh…masa dulu2 saya kelas sastera,n ak apply kelas sains tak lepas..

Pramugari tu terus amik tiket aku dan tunjuk kat aku tempat duduk. Ingat nak mengurat tapi tiba2 jer dia buat muka masam.Betui org kata zaman la pompuan semua mata duitan.Mentang2 la aku dulu setakat kelas sastera ja.Tapi x la semua.Mak aku walaupun aku kelas sastera tapi dia tetap masak nasi kat aku tiap2 hari.Kat sebelah tempat duduk aku, adala sorang pakcik yg dalam umur lingkungan 40-an.Aku tak berapa sure umur dia sebab aku tak la minta ic dia masa tu.Dalam 40-an agak2 aku.

Pakcik (aku tak kenal): Adik pertama kali naik kapal terbang?
Aku: oh..ar ya..nape?
Pakcik (yg tetiba buat ramah): Heh..sekali tengok pakcik dah tau..
Aku: heh..bukan tak nak naik tapi hari nie driver masuk hospital.Cirit birit..
Pakcik (yg kena tipu ngan aku): Oh..anak orang kaya nie..

Aku sebenarnya malas nak layan.Itu yg aku merapu.Tak sangka dia percaya pulak.Lurus bendul rupanya.Aku pun buat2 la nak tidur walaupun kapal tak take off lagi.

Aku: Pakcik nanti kalau dah sampai kat a.star tolong tekan loceng kat saya ya?Nanti terlepas pulak..
Pakcik (yg lurus bendul): Oh..ok..ok..no problem..

Ah sudah aku ingat nak buat lawak rupanya tak jadi.Dia percaya kapal nie ada loceng.Pakcik nie kata pernah naik kapal,rasa2nya aku kena tipu nie.

Pakcik (yg tipu aku): Ish..naper panas nie..
Aku: Kapal tak on lagi kut…nanti dia buka la aircond..

Pakcik tetiba bangkit dan tengok tepi tingkap kapal.Dengan tetiba gak dia menjerit panggil pramugari. Juga dengan tetiba pramugari yg sombong tadi datang.

Pramugari: Kenapa encik?Ada masalah?
Pakcik : La..patutlah panas sangat dalam kapal nie…naper lah korang letak kipas kat luar..panas kat dalam nie..

Masa tu gak aku bangkit dan terus minta nak tukar tempat duduk.Dalam hati aku berbisik “oh,rupanya ada lagi orang lebih jahiliah daripada aku..” ...dan itulah kali terakhir aku naik kapal terbang….

sekian..

Friday, August 15, 2008

Jelingan Ayah

Kisah seorang budak dgn ayahnya..

"Kisah ini benar-benar terjadi padaku sewaktu aku kanak-kanak dahulu.
Ayah aku suka memberi amaran padaku dengan menjeling garang jika aku membuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya, jika ke kedai, kalau aku mengambil gula-gula, dia akan menjeling padaku bermakna aku disuruh letakkan semula gula-gula itu ke tempatnya semula.

Suatu hari,aku mengikut ayah ke surau untuk solat maghrib.Ketika sedang rukuk, aku melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya. Aku yang 'konon'nya ingin membantu, terus menarik kain yang tersepit itu. Ayahku yang sedang solat terus memberi jelingannya padaku.

Aku pun faham maksudnya itu, lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu semula ke celah punggung tok imam tadi. Apalagi,melatah lah tok imam tadi. Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan tok imam tadi.

Ayahku yang bermuka merah padam menahan malu dan marah mengheret aku balik ke rumah. Malam tu, berbirat punggung aku dirotannya.

Moral : Jangan memandai nak masukkan kain ke celah punggung tok imam..haha

Tipu Nyamuk..

cerita khas utk kwn aku..

Pada zaman dahulu, adalah seorang orang asli yang tinggal dihulu sungai di sebuah kampung.nak dijadikan kisah, tinggallah seorang polis berjiran dengannya. pada petang yang hening itu, berjalanlah orang asli tersebut kekedai untuk membeli kelambu kerana rumahnya adalah sarang nyamuk. Sekembalinya dari kedai, dipasangnyalah kelambu itu pada katilnya bagi melindunginya daripada nyamuk.pada malam itu, datanglah polis tersebut ke rumah orang asli itu untuk berborak-borak.dicari-carinya orang asli itu tetapi tidak berjumpa. Akhirnya keluarlah orang asli tersebut dari bawah katil.terkejut sipolis kerana orang asli tido kat bawah katil sedangkan dikatilnya ada kelambu.

polis: awatnya tidoq bawah katil?
orang asli: saja... .nak tipu nyamuk..

hahaha..kepada y berkenaan..jgn marah ye...hahaha

Friday, August 8, 2008

Kebimbangan 2 Perkara

Jika anda bercinta
2 perkara yang anda perlu bimbang
Anda jemu dengannya
atau
Kekasih anda jemu dengan anda

Jika anda jemu dengannya,
tak kisahlah
Tapi jika dia jemu dengan anda
2 perkara yang anda perlu bimbang
Dia cuba sakitkan hati anda
atau
Dia cari kekasih baru

Jika dia cuba sakitkan hati anda,
tak kisahlah
Tapi jika dia cari kekasih baru
2 perkara yang anda perlu bimbang
Anda jadi benci padanya
atau
Anda tak dapat melupakannya

Jika anda benci padanya
tak kisahlah.
Tapi jika anda tak dapat melupakannya
2 perkara yang anda perlu bimbang
Anda cuba melupakannya dengan bantuan bomoh
atau
Anda cuba merebut hatinya dengan bantuan bomoh

Jika anda cuba melupakannya dengan bantuan bomoh,
tak kisahlah
Tapi jika anda cuba merebut hatinya dengan bantuan bomoh
2 perkara yang anda perlu bimbang
Dia jadi bodoh
atau
Dia kembali menjadi kekasih anda

Jika dia jadi bodoh,
tak kisahlah
Tapi jika dia kembali menjadi kekasih anda
2 perkara yang anda perlu bimbang
Anda jemu dengannya
atau
Kekasih anda jemu dengan anda..


so cmtu la seterusnya..hehehe

Sunday, August 3, 2008

Kisah Seorang Ibu..

P/s: sediakan tisu. Hargai jasa ibu.
kalau ada yang merajuk
dengan ibu, usah egokan diri. pergi
mntak maaf...ibu buat apa yang terbaik
untuk kita & tak fikir untuk kecikkan
hati kita.....dia tak sengaja....
Cuba layan kisahnya..........


Mak.....
Terlalu bosan rasanya duduk membilang
hari.....
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
rasanya baru semalam mak
peluk kita kan sejuk syahdu masih
terasa lagi ini....
Mak tau tak.....
itu lah pertama kali mak peluk anak mak
yang nakal ni sejak kita dewasa.....
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak
pergi jauh.....
nak tinggal kan anak2 mak.....
nak tinggal kan dunia fana ni.....
mak macam dan sedia.....

Seminggu sebelum tu.....mak dah
menganyam tikar mengkuang 3 helai.....
Akak kata sampai ke pagi mak anyam
tikar tuu.....
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa
letih.....
kakak pun rasa hairan.....
mak tak pernah buat begitu.....
lepas itu mak pasang radio kecil di
sebelah mak.....
tapi mak seolah-olah tak sedar bahawa
rancangan radio tu siaran siam.....
kengkadang siaran indonesia...mak terus
tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu
di gunakan untuk mengiringi mak ke
kuburan...
lepas itu mak sapu sampah sekeliling
rumah bersih2....
lepas itu mak jemur karpet-karpet...
lepas itu mak ubahkan sofa ke tempat
lain..

mak biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak
diletakkan..
paling menarik sekali mak bagitahu kat
mana semua duit dan barang kemas mak..
ada kat dalam almari.....
ada kat dalam dalam beg.....
ada dalam ASB.....
ada kat dalam Tabung Haji..
mak cakap tak berapa cukup lagi....
ada kat dalam gulung tikar.....
masa tu mak perasan takk..??
kita gelak sakan bila mak bagitahu duit
dalam gulung tikar...
kita kata mak ni memang pesenn lama
laaa...
mak cuma gelak saja...
eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..

Mak.....
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3
petang mak tiba2 sakit perut.....
bila malam tu kita sampai dari
KL.....mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah
pujuk.....
mak tetap takmau pergi hospital.....
dan cuma tinggal giliran kita sahaja
yang belum pujuk...
Mak kata mak takmau duduk dalam
hospital.....
tapi kita berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor...ada ubat
untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak
dan urut saja..
Mak tetap tak bersetuju.....mak memang
degil...
tak salah, anak mak yang ni pun
mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak
makin teruk....
mak sakit perut sampai nak sentuh perut
mak pun
sakit kami adik beradik sepakat hantar
juga mak ke hospital.....

Mak.....
amponkan kami semua...
kami nak mak sihat...
kami sayang mak...
kami tak mahu mak sakit...
kami terpaksa juga hantar mak ke
hospital....
ampon kan kami ye mak....

Mak.....
Malam itu abang bawa mak ke hospital
dan itu lah pertama
dan terakhir kali mak naik kereta
kita...
Masih terbayang betapa ceria dan
gembiranya mak, kita kata nak beli
kereta....
Mak asyik tanya saja..cukup ke duitt..
kita jawab pula...kalau tak cukup, mak
kan banyak duit...
mak gelak ajerr.....
Lepas tu bila kereta kita sampai.....
mak buat kenduri kesyukuran.....
Dan kita masih ingat lagi...bila kita
eksiden terlanggar kelinng naik
motor.....
Punya la kita takut...
kita warning kakak kita jangan sesekali
bagitahu kat mak.....
Bila balik sahaja kampong....
kita cepat-cepat simpan kereta dalam
garaj.....
Tapi mak perasan juga bumper depan
kemek...
mak tanya Kenapa...?
Selamba saja kita jawab terlangar pokok
bunga.....

Mak....
tujuan kita menipu tu supaya mak tak
risau...
Maafkan kita kerana sampai mak pergi
mak tak tau hal sebenar...
mak, kita menipu mak kan...ampon kan
kita....

Mak.....
Jam 4.30 pagi 19/08/1999
Bila tiba saja kat hospital....nurse
tengah balut mak dengan kain putih.....
mak mesti nampak kita jatuh terduduk di
lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi
mak.....
Mesti mak nampak akak baca doa untuk
mak....
Mesti mak nampak adik terduduk kat
kerusi kat sudut itu...
mesti mak nampak semua tu
kann...kann..kannn
Mak tau tak....
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20
pagi kita mamandu dalam keadaan separuh
sedar...
Adik kat sebelah diam melayan
perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam
kepala ini...
jalan di depan terasa makin kelam.....
airmata dah tak mampu di tahan....
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di
jalan itu kita rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kita
sampai juga...
di sebab kan pagi masih awal,jadi jalan
tu lenggang..
kosong....sekosong hati ini.....
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan
subuh itu lain benar suasananya.....
terasa syahdu dan sayu
begitu...dinginnnn....

Mak.....
kita masih ingat lagi...
kita baca AlQuran kat tepi mak temankan
mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan....
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami
mengosok seluruh tubuh mak.....
kita gosok kaki mak perlahan lahan.....
Mak perasan tak...?
Makcik yang mandikan mak tu pujuk
kita.....
Dia kata..." dikk...jangan
nangis...kalau sayang mak jangan buat
begitu...jangan nangis ya.."
Bila makcik tu kata begitu...
lagi laaaa laju airmata ni..tapi kita
kawal supaya tak menitik atas mak....

Mak.....
Sampai takat ini surat ni kita
tulis.....
kita nangis ni.....
Ni kat dalam bilik...baru pukul 4.00
pagi....
tak ada orang yang bangun lagi.....
kita dengar nasyid tajuk "anak soleh"
kita sedih...kita rindu kat mak..!
Takpa la.....nanti bila kita selesai
sembanyang subuh,
kita baca yassin untuk mak...
mak tunggu ya...!

Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat
selamanya....
Semua anak2 mak mengelilingi mak...
menatap wajah mak buatkali terakhir....
Semua orang kata mak seolah-olah senyum
saja...
Mak rasa tak....masa tu kita sentuh
dahi mak....
kita rasa sejukkkk sangat dahi makk.....
kita tak mampu nak cium mak...kita tak
daya....
kita tuliskan kalimah tauhid kat dahi
mak dengan air mawar...
Airmata kita tak boleh tahan....
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni
jadi imam solat jenazah untuk mak...
tapi kita suruh tok imam bacakan doa
sebab kita sebak....
Jam 12 tengahari mak diusung keluar
dari rumah....
Akak pula dah terkulai dalam pelukan
makcik...
badan akak terasa panas...
makk...anak mak yang seorang tu
demam....
Mak tauu...cuma akak seorang saja anak
mak yang tak mengiringi
mak ke tanah perkuburan...

Mak.....
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak
lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...
boleh kata setiap malam selepas maghrib
anak mak ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap....masa tu malam
jumaat selepas maghrib...
Selepas kita baca yassin dengan kawan-
kawan....
entah Kenapa bila kat bilik kita
keluarkan gambar2 mak
lepas itu apa lagi...
semakin kita tenung terasa semakin
sayu...
tangisan tak dapat dibendung...

Mak tauu...kita cuba bertahan...
memujuk diri sendiri tapi tak juga
reda...
kita rasa nak telefon mak...
nak cakap dengan mak....
anak mak yang ni dah tak betul kan..????
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kita
telefon kampong...
kita cakap dengan kakak..kita nangis
lagi...
Puas la kakak memujuk kita...
Akak kata..." tak baik laa nangis
saja..doa lah untuk mak..
nanti kalau gini saja mak yang susah
kat sana.."
Dan akhirnya akak juga nangis.....
Agaknya mak nampak adegan tu...
sebab malam jumaat kata orang roh balik
rumahh...
mengharap sedekah dari anak2 nya...
Mak tau tak...di saat itu kerinduan
terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
rasa nyilu sangat....
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu
sakit dalam dada ni....
Sampai sekarang bila kerinduan itu
menjelma...hanya sedekah al-fatihah
kita berikan.....

Mak....
cukup la sampai sini dulu....
kawan kita dah ketuk pintu bilik tu....
kejap lagi kami nak pergi solat subuh
kat masjid...
selalunya, kita yang bawak mak naik
motor kan...
kali ni kita jalan kaki dengan kawan
pulak...
esok kita ingat nak tulis surat kat
ayah pula....
Mula2 kita tak tau nak hantar mana
surat ini...
lepas itu kawan kita bagitahu...
simpan saja buat kenangan..
kita cuma tau alamat ni saja...
tak mengapa ye mak...kita kasi orang
lain baca...
kita stop dulu...sebab kawan kita dah
lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak, I LOVE YOU SO
MUCH dan
jutaan terima kasih kerana membesarkan
kita...
memberi seluruh kasih sayang dari kecil
sampai masuk sekolah..
sampai masuk unibesiti..
sampai kita boleh rasa naik kapal
terbang...
boleh rasa duduk kat negara orang...
Sampai akhir hayat ini jasa mak tak
akan mampu kita balas..

Sekian terima kasih.

Moral: Sayangilah ibu anda selagi anda
berpeluang menyayanginya.
bahagiakan lah ibu anda sehingga ke
akhir hayatnya sebagaimana ibu anda
membahagiakan anda sejak kecil hingga
dewasa sesungguhnya, syurga
berada di tapak kaki ibu.....

Monday, July 28, 2008

Gambar-Gambar Pelik..


Skrang ni, udang pon dh ada perasaan...




Pemalas nk mampus..



Maju siot..wireless tu..





Hari Yang Malang...

Aku lambat bangun!!!! Ya Allah... ... .ari nie ader presentation kat tempat kerja aku! Mampos! Boss aku sumer ader, kalau aku lambat, abis lah karier aku kali ini. Aku bergegas ke bilik air nak gosok gigi. Maner colgate? alamak!!!!!!... colgate luper nak beli... ... camner nie?... takkan nak gosok gigi tak pakai colgate sey?... mulut aku kalau pagi-pagi berbau tak agak-agak... .bangkai tikus lagi wangi. No time to buy... .terpakser gosok gigi pakai shampoo.

Aku bilas je badan, takder gosok-gosok, sabun pun aku skip. Lepas mandi aku pakai baju... carik baju kemeja lengan panjang biar smart sikit. Takder baju yg dah digosok!... sumer baju aku ronyok macam kertas kene gomol... ..lerrrrrrr... ... orang dah lambat nieee... . terpakserlah gosok baju kejap. Aku cari seterika tak jumper... ... .ader kat dalam bilek adek aku. Aku ketuk pintu bilek dia, tak bukak... aku terai bukak pintu tapi terkunci. Hoi Leman!!!!bukak pintu ni lah!!! Aku nak amek seterika... . kau nak simpan itu seterika sampai kiamat ke per ? Bukaklah cepat!!!! Aku dah lambat nie. Adek aku kalau dah tido macam orang mati... susah nak sedar, aku ingat kalau dia mati betul betul pun orang ingat dia tido. Akhirnyee dapat jugak aku seterika tu.

Pager aku berbunyi. Opis aku yg page... dia letak 999, urgent lah tu. Aku tipon balik... diorang sumer carik aku. Aku cakap aku overslept, aku on the way, kejap lagi sampai. Aku pakai baju yg baru aku gosok... ... .. eh apsal kecik nie? ler... .. aku tersalah gosok baju rupernyer!... aku tergosok baju adek aku. No time, aku pakai T-shirt polo, at least takyah gosok. Berdesut aku kluar rumah tunggu teksi. Seploh minit aku tunggu teksi tak datang-datang, akhirnya ader kosong, aku tahan, teksi stop... .and at that very moment aku teringat yg beg berisi surat-surat for the presentation tertinggal kat rumah, aku suruh dreba teksi tunggu sekejap, dia kater ok sementara tu aku berdesut balik ke rumah. Bila aku patah balik, itu teksi dah takder... .aarrgh hampeh tull..so tunggu teksi lain lah. Pagi-pagi memang susah nak carik teksi, kalau naik bas sudah terang2 tak sempat.

Terpakser ler aku gi naik bas... ..ramai nak mampos!. Macam sarden aku kat dalam. Drebar bas tuh plaks... bawak punyer la slow... approaching trefik light dia bawak lagi slow, dari jauh aku nampak lampu merah, lepas tu tukar ijau, bila bas dah nak dekat itu trefik light, dia tukar merah balik, bas pun berenti lah, aku punyer bingit. Aci kat sebelah aku plak tertido, kepaler dia terlentok kat bahu aku, lepas tu meleleh-leleh air liuh dia kener tangan aku... .eeeeeeeeeee... bau kari, nie misti baru srapan prata nie, macam nak kasi satu kompang je. Orang makin berasak-asak, sebelah aku ader pompan mengandung..dah sarat benar aku tengok... dlm ati aku dia ni perut dah gini punyer besar pun masih naik bas lagi, naiklah teksi... kang tebranak dalam bas kang tak ke haru jadinyer?

Aku pun bangunlah kasi dia duduk, bila aku bangun je, tu aci punya kpala sudah jatuh itu kerusi punya atas jugak, dia tepranjat, ape taknyer tengah tido syok-syok kat atas bahu aku... padan muker dia. Tu pompan mengandung taknak duduk plak... .yek eleh dia ni macam aku nak tempeleng je... owang dah kasi duduk tu duduk je lah... Jadi aku duduk balik lah, aci tengok aku sambil tersenyum, dia sambung tido kat bahu aku, siol punyer keling, satu kali punyer tepuk putih nanti.

Perkara yg amat ditakuti terjadi juga,... trefik jam. Nak terkencing aku dibuatnyer, tah dah braper ribu kali aku asek pandang jam tangan aku... ..why?... ... why must this happen to me today? Aku dah penik rabak Tuhan aje yg tahu camner punyer berkecamuk hati aku di saat ini. Pager aku berbunyik lagi... ..999!... .nak call balik ke tak nak nie?... ... kalau call balik gerenti aku kener maki punyer... ..abislah aku punyer promotion... . argghhh! Aku kluarkan aku punyer handphone... misti nak call baliklah... .aku akan explain the whole situation, hopefully boss aku understand. "Hello... Mr Ng, this is Malim... ..i'm still stuck at this... ... ." "Malim!!!... Where the hell are you, the whole dept is looking for you... .boss will be here any moment u know" Tipon aku tiber-tiber termati... battery flat lerrr. Aku punyer supervisor mesti ingatkan aku letak tipon... .arghhhh... ..abis lah aku! Nie apek kat depan aku asek peratikan aku dari tadi, muker dh la mcm apek xmkn 2 ari... ..aahh... buat bodoh sudah...

Aku pon turun dari bas yg dari tadi tak bergerak-gerak... kat depan tu ader kedai basikal, aku beli basikal dan berdesut ke opis. Sampai jugak aku kat opis... .aku lari naik tangga menuju ke main entrance, at the same time ader orang nak keluar BEDEBOOOOKKK!!!,... ... aku tergolek jatuh dari tangga, idong berdarah, fail dan kertas-kertas sumer betrabor. Aku pungut balik sumer kertas-kertas... .ader kertas yg melayang sampai kat tengah jalan... .. aduuuhhhhhhhh... tensen nyer akuuuuuuuuuu!!!!!!! kereta sumer horn kat aku... .. PON!!!! PONNNN!!!! PONNN!!!!! pasal aku kutip kertas-kertas kat tengah-tengah jalanraya... .. pager aku berbunyik lagi... BEEP!!!BEEP!!!!BEEP!!!!, orang pekik "HOI!!!! CLEAR THE ROAD LAHHH!" ..argggghhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!bingitnyeeeeeeeeeeee!!!!!!!

Cuaca panas gileer... aku dah berpeluh-peluh. Dapat jugak sumer kertas-kertas yg betrabor tu. Akuu masuk ke opis, sumer owang tengah dok kumpul... ... ..tengokkan aku yg baru masuk... ..idong berdarah, baju basah, seluar terkoyak sikit, kertas-kertas dlm beg tak terurus. Rambut ala2 allycat plak tuh... Tengah kalut2 ... ..datang supevisor aku... .. "Ahhhhh Malimmm... ... boss is on MC for three days... the presentation postponed to next week"..supervisor aku buka mulut. Arrggghhhh!!!!!!!aku mengamuk sambil sumbat mulut dia ngan mop!!!!... puas ati..

Sunday, July 27, 2008

Kena Tindih Dengan Hantu???

sila la bca..jgn segan n malu2..

"betulker kena tindih disebabkan gangguan makhluk seperti jin atau hantu?Orang ramai describe kena tindih seperti takleh gerakkan seluruh badan, hujung jari, terasa berat kat dada... nampak mender2 pelik2 (hantu, makhluk hitam dan sebagainyer)... .. kalau ditanya di sini, mesti ramai jawab pernah kena... .selalunya bila kena 'tindih' masa nk bangun dari tido, kita boleh bukak mata separuh... kita tau kita sedar... tapi takleh gerak... kadang2 geram, sbb takleh gerak... ..pastu 5 minit baru leh gerak... .pstu... lps boleh gerak tu seram sejuk jer...

secara saintifiknya, fenomena hempap/tindih ini dinamakan 'sleep paralysis'.Sleep paralysis atau dimelayukan 'lumpuh waktu tidur'... adalah condition yang terdiri daripada of course la paralysis (lumpuh) yang temporary (sementara)... ..temporary paralysis ni selalu berlaku bila time2 nak tido (hypnagogic paralysis) atau baru2 bangun dari tido (hypnopompic paralysis).

normally, badan manusia bila tido, bila masuk stage tidur yang nyenyak atau REM (rapid eye movement... ..waktu nyenyak ni, bijik mata kiter gerak2) stage... .otak akan bagitau badan kita suruh rehat... so, badan kiter kira macam switch off kejap.

otak kiter pun ader switch off button... .dipanggil RAS (reticular activating system )... .bila otak dah switch off badan, dia pun auto switch off RAS ni... so tinggal automatic function (degupan jantung, bernafas etc.) jer yang on... .kirenyer klo komputer tu, screensaver laaa or hibernate...so,, bila kita bangun, RAS switched on balik... ... kita sedar fully awake state... .tapi kadang2, electrical signal tak diactivate kan oleh otak suh switch on balik badan kiter... . maka masa tu laa badan kita lumpuh seketika... before otak activate balik...

mmg menakutkan tapi benar... . tapi paralysis tu tak semestinyer complete atau full..kadang2 partial atau sebahagian jer... tu ader yang boleh gerakkan ibu jari, tp badan lain lumpuh etc... . dan lagi satu, sleep paralysis ni selalu jugak datang skali dengan hallucinations (halusinasi la) either dalam bentuk auditory (dengar bunyi pelik2), visual (nampak mender bukan2) atau tactile (deria sentuhan, terasa mender sentuh/hempap dll..)

sebab2 atau mender2 yang boleh mendorong sleep paralysis ni:

  1. tidor dalam posisi terlentang terlalu lama
  2. jadual tidur yang tak tentu arah (irregular sleep clock)
  3. sleep/rest deprivation (tak cukup tidor la ni... penat sgt)
  4. stress yang byk kat otak... masalah keluarga, kewangan bla2
  5. pertukaran gaya hidup secara tiba2 ( macam biasa dok rumah jer, tetiba esok gi panjat gunung, kayuh beskal...)
  6. orang yang ader penyakit narcolepsy"

so paham la kot smua..

sekian...

All About Math

something y aku dpt dari internet...
jom baca..

ROMANCE MATHEMATICS
Smart man + smart woman = romance
Smart man + dumb woman = affair
Dumb man + smart woman = marriage
Dumb man + dumb woman = pregnancy


OFFICE ARITHMETIC
Smart boss + smart employee = profit
Smart boss + dumb employee = production
Dumb boss + smart employee = promotion
Dumb boss + dumb employee = overtime


SHOPPING MATH
A man will pay $20 for a $10 item he needs.
A woman will pay $10 for a $20 item that she doesn't need.


GENERAL EQUATIONS & STATISTICS
A woman worries about the future until she gets a husband.
A man never worries about the future until he gets a wife.
A successful man is one who makes more money than his wife can spend.
A successful woman is one who can find such a man.

stuju x???

Saturday, July 26, 2008

[TECH]: Free Download From Imeem

assalamualaikum..
nak download lagu dri imeem????
senang je..


firstly,
download software Orbit Downloader kt link kt bwh ni..


bila dh download Orbit ni, korang close internet explorer korang n install.
bila dh sudah install, open blik Internet Explorer, n akn kluar tool bar baru kt ats tu.

jgn remove, biarkan..
then,
CLICK SINI utk tutorial cmne nk mula download kt Imeem ni.
lagu y di download dri imeem ni dlm bentuk .flv bukan .mp3
so klo nk dlm mp3, kena la convert sndri..

klo xde software, blh download software converter ni kt cni lak..sila click kt perkataan coonverter kt bwh ni..


Selamat mendownload..
ada apa2 mslh, sila tulis kt comment, xpon shout je kt sebelah ni..
adios..

CINTA SEORANG SUAMI...

Based on True Story..

Dilihat dari usia beliau sudah tidak muda lagi, usia yang sudahsenja bahkan sudah mendekati malam. Masa Pak Suyatno, 58tahun ke sehariannya diisi dengan merawat isterinya yang sakit.isterinya juga sudah tua. Mereka berkahwin sudah lebih 32 tahun.

Mereka dikurniakan 4 orang anak .......disinilah awal cubaanmenerpa, setelah isterinya melahirkan anak ke empat .........tiba-tiba kakinya lumpuh dan tidak boleh digerakkan. Hal itu terjadi selama dua tahun.

Menginjak tahun ke tiga seluruh tubuhnya menjadi lemah bahkan terasa tidak bertulang lidahnyapun sudah tidak mampu digerakkan lagi.

Setiap hari pak suyatno memandikan, membersihkan kotoran,menyuapkan, dan mengangkat isterinya ke atas tempat tidur.Sebelum berangkat ke tempat kerja dia meletakkan isterinya dihadapan TV supaya isterinya tidak berasa kesunyian.

Walau isterinya tidak dapat bercakap, tapi dia selalu melihatisterinya tersenyum, dan pak suyatno masih berasa beruntung kerana tempat kerjanya tidak begitu jauh dari rumahnya,sehingga siang hari dia boleh pulang ke rumah untuk menyuapi isterinya makan. Petangnya dia pulang memandikan isterinya,mengganti pakaian, dan selepas maghrib dia temankan isterinya menonton tv sambil bercerita apa sahaja yang dia alami seharian.

Walaupun isterinya hanya mampu memandang (tidak mampumemberikan respons ), pak suyatno sudah cukup senang bahkan dia selalu menggoda dan bergurau dengan isterinya setiap kali menjelang tidur.

Rutin ini dilakukan pak suyatno lebih kurang 25 tahun. Dengan sabar dia merawat isterinya bahkan sambil membesarkan ke empat buah hati mereka, sekarang anak-anak mereka sudah dewasa tinggal si bungsu yang masih kuliah.

Pada suatu hari ke empat anak suyatno berkumpul di rumah orangtua mereka sambil menjenguk ibunya. Kerana setelah berkahwin, mereka tinggal dengan keluarga masing-masing dan pak suyatno tetap merawat ibu kepada anak-anaknya, dan yang dia inginkan hanya satu: semua anaknya berjaya.

Dengan kalimat yang cukup hati2 anak yang sulung berkata : "Pakkami ingin sekali merawat ibu ... Semenjak kami kecil kami melihat bapak merawat ibu dan tidak ada sedikit pun keluhan keluar dari bibir bapak, bahkan bapak tidak izinkan kami menjaga ibu."

Dengan air mata berlinang anak itu melanjutkan kata-katanya........."Sudah yang kali keempat kami mengizinkan bapak menikah lagi,kami rasa ibupun akan mengizinkannya. Bila papak akan menikmati masa tua bapak dengan berkorban seperti ini .....kami sudah tidak sampai hati melihat bapak begini... kami berjanji akan merawat ibu dengan sebaik-baiknya secara bergantian," ujar anaknya yang sulung merayu.

Pak Suyatno menjawab hal yang sama sekali tidak diduga oleh anak-anaknya.

"Anak-anakku. .... jikalau hidup di dunia ini hanya untuk nafsu....mungkin bapak akan berkahwin lagi.... tapi ketahuilah dengan adanya ibu kalian di sampingku... . itu sudah lebih dari cukup. Dia telah melahirkan kalian..."Sejenak kerongkongannya tersekat..."Kalian yang selalu kurindukan hadir di dunia ini dengan penuh cintayang tidak dapat dinilai dengan apapun.Cuba kalian tanya ibumu apakah dia menginginkan keadaannya seperti Ini ?

Kalian menginginkan bapak bahagia .... Apakah batin bapak dapatbahagia meninggalkan ibumu dalam keadaannya seperti sekarang ?

Kalian menginginkan bapak yang masih diberi Allah kesihatan yang baik dirawat oleh orang lain ........bagaimana dengan ibumu yg masih sakit ?

Sejenak meledaklah tangis anak-anak pak Suyatno...Merekapunmelihat butiran-butiran kecil jatuh di pelupuk mata ibunya...Dengan pilu ditatapnya mata suami yang sangat dicintainya itu...

Sampailah akhirnya pak Suyatno diundang oleh salah satu stesenTV swasta untuk menjadi panel jemputan acara Bimbingan Rohani Selepas subuh dan juru acara pun mengajukan pertanyaan kepadapak suyatno...Kenapa bapak mampu bertahan selama 25 tahun merawat Isteriyang sudah tidak mampu berbuat apa-apa?Ketika itu pak Suyatno pun menangis.... tamu yang hadir di studioyang kebanyakan kaum ibu pun tidak mampu menahan haru...Disitulah pak suyatno bercerita...

Jika manusia didunia ini mengagungkan sebuah cinta tapi dia tidak mencintai keranaAllah maka semuanya akan luntur...Saya memilih isteri saya menjadi pendamping hidup saya.......Sewaktu dia sihat diapun dengan sabar merawat saya...Mencintai saya dengan sepenuh hati zahir dan batinnya bukan dengan mata kepala semata-mata. .. dan dia memberi saya 4orang anak yang lucu dan baik-baik...Sekarang dia sakit berkorban untuk saya kerana Allah... Dan itu merupakan ujian bagi saya.

Sihat pun belum tentu saya mencari penggantinya. .. apa lagi dia sakit ... Setiap malam saya bersujud dan menangis dan saya mengadu kepada Allah di atas sajadah supaya meringankan penderitaan isteri saya.Dan saya yakin hanya kepada Allah tempat saya mengadukan rahsia dan segala kesukaran saya...kerana DIA mahaMendengar... .

mandi yg wajib..hahaha


Assalamualaikum,
Berkongsi sedikit ilmu... dari JAKIM.

Mandi wajib yg betul

Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan
terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak
sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.
Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh
melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk
mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2
keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh
anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan,
bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di
Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati
banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.
'Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi
salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota
badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang
dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika
tidak melakukan mandi wajib dengan betul,' tegas beliau ketika
ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur.

Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua,
menghilangkan najis di badan. Ketiga, meratakan air keseluruh
anggota badan yang zahir.
Niat mandi wajib:

'Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah
Taala.'

Atau

' Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.'


Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke
mana2 bahagian anggota badan.

Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah:

' Sahaja aku
mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.'

Manakala bagi
perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah:

' Sahaja aku
mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala'.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya
selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan
menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah
memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air
keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air
sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya
tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis
yang ada pada badan, menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam
Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak
dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh
disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke
seluruh anggota badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu
yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika
rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak
sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka.
Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana
dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis,
ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh
menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku,
kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu
pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang
merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan
dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah.
Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna
selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang
pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang
pewarna itu pula bagaimana?..

Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu
sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.
Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna
pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut
rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza
dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna
pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya
pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya
pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah.
Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan
mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg
berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai
rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah
merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah
diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji
Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab
melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun
tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi
hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid,
nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air
mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.
Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak
semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika
ingin beribadat. Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada
waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah
wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk
sebelum tidur adalah makruh.


~~artikel ni dri JAKIM..nmpk je senang nk mndi wajib..tapi sbnrnya susah nk pastikan ke "sah" an nya..baca, pahami dan ikuti..

Friday, July 25, 2008

Kawal Marah mu...

Dikisahkan...Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapatmengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.


"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.
"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.


Pada hari yangPertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya,jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut.

Akhirnya tibalah pada suatu hari,dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.

Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata,


"Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubangdi tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah,tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu,namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal. Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita."

Dari saya:

"Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda."